00:00Kebimbangan semakin meningkat di beberapa negara Amerika Latin selepas Amerika Syarikat menghantar tiga pemusnah peluru berpandu Aegis ke perairan luar Venezuela sebagai sebahagian daripada usaha Presiden Donald Trump untuk memerangi ancaman kartel dadah Amerika Latin.
00:18Rabu lalu, sidang kemuncak luar biasa ke-13 Ketua Negara Perikatan Bolivarian untuk Rakyat Amerika, Perjanjian Perdagangan Rakyat, ALBA-TCP, mengeluarkan kenyataan menentang keras tindakan ketenteraan Amerika di rantau Karibian dan mengulangi sokongan untuk Presiden Venezuela, Nicolás Maduro.
00:40Pengisytiharan itu menekankan bahawa sebarang campur tangan asing akan menjejaskan kestabilan Amerika Latin dan rantau Karibian serta sebulat suara mengutuk dawaan jahat yang dibuat Amerika Syarikat terhadap Venezuela.
00:53Salsom Amorim penasihat khas kepada Presiden Brazil sebelum ini menyatakan kebimbangan mendalamnya mengenai pengarahan kapal tentera laut Amerika Syarikat berhampiran garis pantai Venezuela.
01:05Beliau berkata menentang campur tangan adalah prinsip penting dan asas dasar luar Brazil.
01:10Beliau mengutuk keras amalan Amerika Syarikat yang mengaitkan penyudupan dadah dengan keganasan dan menggunakannya sebagai alasan untuk mengambil tindakan terhadap negara lain.
01:20Selain itu, Presiden Colombia Gustavo Petro berkata Venezuela dan Colombia berkongsi sempadan darat sepanjang 2,219 km.
01:27Beliau memberi amaran bahawa jika Amerika Syarikat menyerang Venezuela, ia bukan sahaja akan gagal menyelesaikan masalah, tetapi juga akan menjerumuskan Venezuela ke dalam huru-hara dan menyerik Colombia ke dalam konflik.
01:38Ahli ekonomi Colombia, Maximiliano Londono berhujah bahawa inisiatif Amerika Syarikat bertujuan terutamanya untuk mengawal sumber minyak Venezuela yang banyak dan mungkin juga bertujuan untuk menggulingkan kepimpinan negara itu.
01:52Terima kasih telah menonton!
01:53Terima kasih telah menonton!