• 1 year ago
Keadaan cuaca yang lebih sejuk pada waktu malam serta kelembapan udara yang meningkat telah membantu memudahkan usaha pemadaman api.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kita beralih ke laporan global. Beberapa kebakaran hutan di Jarila, sebuah kawasan dalam komuniti autonomi ekstrim Madura di Spanyol, kini dilaporkan semakin terkawal selepas lebih 10 hari marak dan usaha pemadaman kini memasuki fasa terakhir.
00:17Jarila yang terletak di barat tengah Spanyol berhampiran Spa dan Portugal merupakan kawasan paling teruk terjejas akibat kebakaran hutan di seluruh semenanjung Iberia tahun ini.
00:30Menurut kerajaan ekstrim Madura, keadaan cuaca yang lebih sejuk pada waktu malam serta kelembapan udara yang meningkat telah membantu memudahkan usaha pemadaman api.
00:40Pasukan penyelamat di lokasi memaklumkan ketika ini tiada apa besar yang kelihatan, hanya beberapa kawasan yang mengalami nyalaan semula.
00:48Pasukan bomba akan melaksanakan koordinasi udara darat bagi memastikan semua kebakaran hutan dapat dipadamkan sepenuhnya.
00:54Namun, saiz kawasan terjejas yang sangat luas masih menjadi cawaran besar dalam usaha kawalan kebakaran.
01:01Walaupun kebakaran masih belum padam sepenuhnya, beberapa jalan yang sebelum ini ditutup telah dibuka semula.
01:06Penduduk yang dipindahkan juga telah mula pulang ke kediaman masing-masing untuk membersihkan dan membaiki rumah setelah dan yang rosak.
01:13Terima kasih telah menonton!

Recommended