00:00Seorang remaja perempuan warga negara Malaysia rebah akibat hipotermia ketika mendaki Gunung Sagara di wilayah Jawa Barat, Indonesia pada Sabtu.
00:09Mangsa berusia 16 tahun yang turut ditemani beberapa rakannya diselamatkan polis tempatan ketika dipos 4 laluan pendakian sekitar pukul 1 tengah hari.
00:20Menurut jurucakap polis, mangsa diselamatkan oleh ketua unit jenayah khas, Inspektor Hadian Shah yang kebetulan berada di laluan pendakian sama.
00:30Hadian Shah difahamkan sedang bercuti dan beliau mengambil masa lebih sejam untuk membawa mangsa turun ke pus 1 sebelum seterusnya dibawa ke tapak perkemahan utama.
00:42Remaja terbabit menerima rawatan awal dan kembali sedar sebelum dia dibawa ke pusat kesihatan untuk rawatan lanjut.
00:49Polis tempatan mengingatkan orang ramai supaya memeriksa tahap kesihatan sebelum aktiviti pendakian dan melengkapkan diri dengan peralatan sesuai.