• 1 year ago
Pemilihan bidang berasaskan minat bukan sahaja mampu memupuk potensi individu, malah akan memberi kelebihan jangka panjang.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dalam gairah kerja kerjaya, ramai anak muda terperangkap untuk memilih bidang yang dianggap menjanjikan kestabilan ekonomi walaupun bertentangan dengan kecenderungan atau bakat mereka sendiri.
00:18Dilema ini turut dirasai penggiat industri dan mahasiswa namun dalam masa yang sama tetap optimis dengan pilihan yang dibuat serta kemahiran yang diperolehi sepanjang pengajian.
00:31Penyanyi dan bekas tenaga pengajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan Aswara, Asmida berpendapat ramai golongan muda ditekan untuk memilih bidang yang dianggap menjanjikan pekerjaan stabil tanpa diberi peluang meneroka minat sebenar mereka.
00:47Bagi saya lah kita buat sesuatu yang kita suka dan kita happy dan saya tahu ada orang kekangan dia adalah family suruh masuk yang ini, ibu bapa dia nak dia sambung macam ni dia tak happy dan sebagainya.
00:59But at the end of the day saya rasa ada beberapa orang yang pursue study contoh lah medik ke lawyer ke apa ke contoh macam Yuna kan dia ambil lawyer dan sebagainya tapi at the end of the day dia jadi seorang penyanyi antarabangsa pula lagi.
01:12Jadi jangan risau bagi saya kalau kita minat sesuatu tu kita pursue apa yang kita minat.
01:19Bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan komunikasi korporat, Ahmad Amirul Fikri Pendi berkata kelebihan utama yang dimiliki mereka terletak pada keupayaan untuk berinteraksi secara berkesan dalam pelbagai konteks yang merupakan satu kemahiran yang sentiasa dicari oleh majikan.
01:37Kalau kita ambil bidang Malescom ni dia memang sebenarnya peluang pekerjaan kita memang luas tapi it is depend on kita punya rezeki juga sebenarnya untuk peluang pekerjaan tu sebab saya punya bidang English Corporate Communication jadi saya punya bidang boleh belajar dekat syarikat-syarikat besar semua sebab semua benda memerlukan interaksi untuk membina satu hubungan.
02:07Tambahnya kemahiran komunikasi bukan hanya berkisar pada petuturan tetapi juga melibatkan sensitiviti terhadap cara penyampaian agar mesej tidak disalah tafsir atau menyinggung pihak lain.
02:19Sementara itu pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Penyaran Farah Wadiha Othman berpendapat pengajian dalam bidang tersebut memberi pendedahan menyeluruh terhadap keperluan komunikasi dunia sebenar termasuk kemahiran berfikir secara kritis, dilesaikan masalah dan membina kepercayaan diri.
02:36Bidang Mass Communication ni buat saya lagi confident, buat saya lagi semangat nak bercakap dengan orang, buat saya rasa lagi selesa nak bercakap dengan setengah orang kan takut kan nak berhubung dengan orang, bercakap dengan orang kan tapi bila saya ambil Mass Communication ni melatih diri saya untuk
02:50oh you know what, bila kita berhadapan dengan dunia luar, kita nak tak nak memang kena bercakap, nak tak nak memang kita kena face whatever comes next lah macam tu.
02:59So dengan adanya subjek-subjek yang saya belajar ni semua membuatkan saya lebih confident lah nak bercakap dengan orang, nak menghadapi all the orang yang punya apa yang macam critical thinking lah, kita nak solvekan problem selepas problem.
03:11Aliran seni dan sastra tidak perlu dilihat sepi kerana tiada wang besar yang dihamparkan tetapi ia perlu dilihat sebagai peluang untuk beraduan meneroka ruang yang lebih besar.

Recommended