Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan) Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Mastura Ahmad Mustafa berkata cabaran paling besar dalam proses rundingan tarif antara pasukan perunding Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) ialah rundingan di peringkat pegawai berlangsung tanpa sebarang kepastian. Jelasnya, pasukan perunding AS juga akhirnya bergantung sepenuhnya terhadap budi bicara Presiden Donald Trump mengenai kadar penurunan tarif. #AgendaAWANI

Category

🗞
News
Transcript
00:00Memang rundingan dengan Amerika Syarikat untuk rundingan kali ini memang amat mencabar.
00:07Berbanding dengan kebiasaan kita berunding perjanjian perangan bebas di mana ia merupakan rundingan dua hala.
00:16Perkara-perkara yang ditawarkan dan dimohon adalah sama.
00:21Kita punya senarai dan akan direciproket oleh rakan rundingan kita.
00:30Tetapi dengan Amerika Syarikat ini, dia hanya menawarkan satu saja.
00:34Pertimbangan untuk menurunkan kadar tarif timbal balas.
00:39Itu sahaja yang dia tawarkan kepada kita.
00:42Itu pun dia tak beritahu kita turun banyak mana.
00:45Sedangkan Malaysia telah diminta untuk menawarkan pelbagai perkara.
00:50Satunya, tarif sedia ada kita.
00:54Nombor dua, halangan-halangan bukan tarif yang dianggap sebagai halangan perdagangan oleh Amerika Syarikat.
01:01Yang ketiga, mengenai digital economy and security.
01:06Yang keempat, ialah mengenai perkara-perkara yang dianggap mencejaskan keselamatan perdagangan dan juga ekonomi Amerika Syarikat.
01:15Dan yang kelima, komitmen kita untuk membuat perolehan atau pembelian bagi mengurangkan defisit perdagangan sedia ada.
01:25Jadi, nampak kelihatan macam kita kena offer lebih banyak daripada US sedangkan macam US perlu buat satu perkara saja iaitu mempertimbangkan untuk penurunan.
01:37Jadi, kita perlu betul-betul menimbang apakah yang kita tawarkan ini cukup untuk mereka mengurangkan duti itu.
01:49Dan pada masa yang sama, kita nak pastikan kita tidak menawarkan terlebih.
01:52Dan juga kalau boleh tidak menjejaskan apa yang kita anggap sebagai sesuatu yang akan menjejaskan kepentingan dan kedaulatan negara.
02:02Jadi, perkara itulah yang sebenarnya cabaran yang paling besar bagi pasukan perunding untuk menilai setiap perkara yang hendak kita tawarkan kepada pihak Amerika.
02:13Tetapi, yang paling menyukarkan ialah, despite kita berunding dengan peringkat pegawai, feedback yang kita terima daripada mereka ialah, ultimately, the president will make the decision.
02:26So, itulah, despite kita berunding itu, jadi sebenarnya panggilan telefon antara yang amat berhormat Perdana Menteri dan juga Presiden Trump pada 30 Julai,
02:39yang berlaku pada 30 Julai yang lepas adalah amat kritikal.
02:45Kerana daripada conversation itulah yang mungkin Presiden Trump akan memberi pertimbangan yang lebih sewajarnya kepada Malaysia.
02:57Tapi, bagaimana nak bekerja itu, Puan? Kerana, sudah pasti ini kita bercerita dalam bahasa yang paling mudah untuk kita faham.
03:03Kalau kita berunding, kita tahu pihak di sana mahu apa.
03:06Tapi, akhirnya kita yang buat kerja ini, kita kena ditentukan oleh nasib itu ditentukan oleh seorang manusia bernama Donald Trump itu.
03:13Tapi, dalam masa yang sama, kita kena buat kerja ini.
03:15Jadi, bagaimana itu tidak menidakkan usaha kita?
03:18Kita perlu push sehingga yang tawaran yang terbaik dan kita masih lagi tidak, macam Puan kata tadi, kita tidak berlebihan-lebihan mengurangkan kita punya tawaran.
03:28Itulah saya cakap, cabaran yang paling besar sekali ialah uncertainty itu.
03:36Kita tidak tahu apa akan terjadi at the end of it.
03:39Mungkin kita berjaya meyakinkan kita punya at technical level yang kita berunding itu.
03:46Tetapi, adakah kita juga mampu meyakinkan Presiden Trump?
03:49Terima kasih telah menonton!

Recommended