• 1 year ago
Kerajaan kekal dengan perancangan melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 dan perincian lanjutnya dijangka diumumkan menjelang akhir September 2025.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan kekal dengan perancangan melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 dan perincian lanjutnya dijangka diumumkan menjelang akhir September 2025.
00:12Menteri Keuangan 2, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata langkah itu perlu berikutan dasar subsidi pukal yang diamalkan sejak sekian lama hanya membebankan fiskal negara dan tidak memberi manfaat kepada majoriti rakyat.
00:26Sehubungan itu penyasaran subsidi petrol RON95 seperti mana juga subsidi elektrik dan diesel tidak akan menjejaskan rakyat terbanyak.
00:36Menjelaskan selanjutnya, Amir Hamzah berkata kerajaan juga kini di fasa akhir memperhalusi kriteria kelayakan dan kaedah pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 bersama dengan semua pihak berkepentingan.
00:48Katanya kelayakan subsidi tidak semestinya terhad kepada 85% daripada rakyat.
00:55Malah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kerajaan akan mengkaji opsiin sekurang-kurangnya 90% atau lebih tidak terkesan semasa pelaksanaan penyasaran subsidi RON95.
01:06Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr. Wee Kasyong BN Air Hitam yang meminta perjelasan mengenai indikator dan asas penentuan digunakan kerajaan untuk menyenaraikan individu atau isi rumah dalam kategori D15 isi rumah dengan 15% teratas dari segi pendapatan bulanan.
01:24Selain itu, Kasyong juga ingin tahu bentuk notifikasi, saluran pengesahan dan sistem rayuan yang akan diwujudkan bagi melindungi hak rakyat dalam pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95.

Recommended