00:00Ruang udara di kawasan kawalan terminal Kuala Lumpur akan ditutup dari 26 hingga 29 Ogos serta pada 31 Ogos bagi memberi laluan kepada raptai dan acara Lintas Hormat sempena sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya.
00:17Lintas Hormat itu akan melibatkan 33 pesawat daripada agensi penguatkuasaan termasuk helikopter dan pesawat fixed wing atau sayap tetap.
00:30Menurut pihak berkuasa penerbangan awam Malaysia, CAAM sepanjang tempoh itu akan berlaku peningkatan aktiviti penerbangan serta pelarasan terhadap operasi penerbangan komersial.
00:40CAAM turut mengingatkan semua pengenalian aktiviti drone dan sistem pesawat tanpa pemandu UAS di kawasan yang terlibat sepanjang raptai dan sambutan Hari Kebangsaan adalah dilarang sama sekali.
00:53CAAM turut menyeru kerjasama semua pihak memantuhi larangan ini bagi memastikan kelancaran dan keselamatan penganjuran sambutan Hari Kebangsaan 2025.
01:02Raptai Hari Kebangsaan akan berlangsung dari 26 hingga 28 Ogos bermula 11 pagi hingga 12 tengah hari dan pada 29 Ogos dari 8.45 hingga 9.45 pagi
01:16manakala lintas hormat pula pada 31 Ogos dari 8.45 hingga 9.45 pagi.