00:00Perdana Menteri Kerajaan Houthi di Yaman Ahmad Galib Al-Rahwi dilaporkan terbunuh bersama beberapa menteri lain dalam serangan udara Israel ke atas Ibu Negara Sana'a pada Khamis lalu.
00:10Ketua Majlis Politik Tertinggi Houthi Mahdi Al-Mashad mengesahkan insiden itu.
00:16Sementara itu, Israel dalam kenyataan pada Jumaat berkata serangan itu menyasarkan Ketua Turus Tentera, Menteri Pertahanan serta beberapa pegawai kanan Houthi
00:25namun hasil operasi tersebut masih dalam proses pengesahan.
00:30Dalam perkembangan sama, Tentera Israel memaklumkan pejuangnya mengebom sebuah kompleks di kawasan Sana'a yang menempatkan pimpinan Houthi
00:39selain menyifatkan serangan itu hasil kejayaan risikan.
00:44Houthi yang disokong Iran sebelum ini melancarkan serangan ke atas kapal di Laut Merah sebagai tanda solidariti terhadap penindasan rakyat Palestine.
00:55Terima kasih telah menonton!