Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Informasi berkaitan gelombang protes besar-besaran yang berlaku di Indonesia pada ketika ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bertemu kembali dan di Astro Awani sebelum ini kami membawakan perkembangan secara langsung dan terkini mengenai protes yang berlaku di Indonesia.
00:09Kita imbas kembali beberapa peristiwa penting yang menyebabkan tercetusnya perkara ini sehingga membawa kepada gelombang protes besar-besaran di seluruh Indonesia.
00:20di mana pada 15 Ogos lalu Presiden Indonesia Prabowo Subianto menerusi Belanjawan Negara mengumumkan kenaikan allowance perumahan dan beberapa allowance lain untuk semua ahli parlimen ataupun ahli Dewan Perwakilan Rakyat DPR Indonesia.
00:35Dan bermula 25 Ogos lalu ataupun 7 hari lalu menyebabkan protes bermula dan acara kemuncak itu berlaku pada 28 Ogos apabila seorang pemandu e-hailing iaitu Afan Kurniawan
00:49meninggal dunia selepas dilanggar oleh kereta polis yang terlibat untuk meleraikan protes yang berlaku di sekitar kawasan Jakarta.
00:58Dan daripada kejadian itu ia menyebabkan penunggang e-hailing ataupun rakyat Indonesia secara keseluruhannya bangkit bagi menuntut keadilan terhadap kematian ataupun tragedi yang melanda Afan Kurniawan.
01:11Kita dapat saksikan di sini 29 Ogos lalu kematian Afan Kurniawan yang berusia 21 tahun yang dilanggar ataupun digilis oleh kenderaan taktikal Brigade Mobil ataupun Brimob Polis Metro Jaya ketika tunjuk perasaan di Jakarta mencetuskan kemarahan rakyat.
01:30Dan disebabkan peristiwa itu, gelombang protes ini berlaku di beberapa kawasan utama di seluruh kepulauan di Indonesia.
01:37Kita dapat saksikan di Kepulauan Jawa di sini di mana beberapa kawasan melibatkan Jawa Tengah dan juga Jawa Timur tidak terkecuali di Yogyakarta.
01:47Kemudian protes merebak ke kawasan Kepulauan Sumatera melibatkan beberapa kawasan di Jambi dan juga Sumatera Barat.
01:55Dan yang paling signifikan untuk kita ikuti juga telah kami laporkan di Astro Awani dan juga Astro Awani.com di mana kejadian berlaku di Sulawesi Selatan melibatkan DPR di Makassar.
02:06Dan seperti anda tahu, dalam protes yang berlaku di sana, sebuah bangunan Dewan Perwakilan Rakyat DPR dibakar menyebabkan tiga kematian.
02:15Dan pastinya kita nak bersama dengan rakan setugas Fauzi Zain yang berada di lapangan juga untuk kita mengetahui respon terkini masyarakat di seluruh Indonesia.
02:24Selepas kami melaporkan sebentar tadi, sidang media yang dibuat oleh Presiden Indonesia Prabowo Subianto yang menekankan beberapa perkara penting.
02:32Yang pertama ialah mereka yang terlibat secara langsung dalam protes yang menyebabkan kemusnahan ataupun kerosakan kepada infrastruktur awam akan dihukum sekeras-kerasnya oleh pihak polis.
02:43dan juga pihak tentera nasional Indonesia TNI.
02:47Dan juga ya, satu lagi perkara penting dapat kita ambil daripada sidang media tersebut tadi di mana
02:53allown ataupun beberapa perkara utama ataupun faedah yang diberikan kepada ahli DPR Republik Indonesia akan ditarik.
03:02Itu antara dua perkara penting yang diumumkan oleh Presiden Prabowo Subianto dalam sidang media pada sebelah petang waktu Jakarta.

Recommended