• 1 year ago
Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir di untuk merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia ke-8, sebagai mengukuhkan jawatannya sebagai Presiden Bersatu.
Transcript
00:00Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan hadir di IDCC malam ini untuk merasmikan Perhimpunan Agong Tahunan Parti Peribumi Bersatu Malaysia ke-8.
00:11Perhimpunan Agong Tahunan Bersatu kali ini dilihat penting kerana ia menjadi medan untuk menegaskan kedudukan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin, sebagai peneraju utama parti menjelang pilihan rakyat umum ke-16.
00:23Yasmin Natasha berada di lokasi sekarang menyetai kita secara langsung. Yasmin, apa yang terkini dari sana?
00:30Baik, terima kasih rakyat tugas saya yang berada di studio dan hari ini saya berada di IDCC Syak Alam bagi mengikuti secara langsung Perhimpunan Agong Bersatu yang ke-8 bagi tahun 2025 yang sudah bermula sejak pagi tadi dan akan bersambung semula pada pukul 8.30 malam ini.
00:50Dan untuk maklumat semua, apa yang menarik pada malam ini adalah rejangkakan Presiden Bersatu iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan hadir pada malam ini bagi merasmikan sendiri Perhimpunan Agong Bersatu dan turut hadir juga Satu Usaha Agong Bersatu iaitu Datuk Sri Muhammad Azmin Ali.
01:07Dan mungkin juru kamera boleh tunjukkan sedikit suasana di sini, di sekitar sini di mana kita dapat lihat semua datang daripada jauh, daripada Kedah, Pulau Pinang dan juga Johor dan semua bersemangat memakai pakaian berwarna merah untuk menunjukkan semangat untuk menyokong Parti Bersatu.
01:29Dan mungkin saya boleh dapat kongsikan sedikit apa yang berlaku pada pagi tadi, Timbalan Presiden iaitu Datuk Sri Hamzah Zainuddin menggesa kerajaan untuk sentiasa bersikap jujur dan juga tegas dalam setiap tindakan sebagai pemimpin.
01:45Dan beliau juga, Hamzah juga menegur kepada pihak kerajaan agar mengamalkan konsep kandar persimpa dalam pentadbiran kerajaan pada ketika ini.
01:59Walk the talk. Jangan sekadar retorik. Jangan cakap lain, tapi buat lain. Berterus terang. Be like us. Berterus terang. Amalkan kandar persimpa.
02:14Selain itu, Hamzah juga menegaskan beliau telah mengenalpasti calon ketua Menteri Sabah untuk menghadapi persiapan dalam pilihan raya negeri yang akan dijangka untuk berlangsung dalam masa terdekat.
02:34Dan beliau turut menyatakan bahawa calon ini akan turun ke Padang untuk bagi Sabah untuk membantu bagi pilihan raya yang akan datang untuk mengharap bahawa kemenangan dapat dicapai.
02:48Itu saja yang dapat saya laporkan di sini untuk setakat ini kerana perhimpunan akan bermula pada pukul sekejap lagi pada pukul 8.30 nanti.
02:58Baik. Yasmin, sebelum itu bercakap mengenai PRN Sabah. Dan Tan Sri Muhyiddin, kita masih lagi menanti ucapan beliau.
03:04Tapi setakat ini, apa mesej utama yang dibawa secara kolektif oleh kepimpinan kanan, kepimpinan utama bersatu untuk memperlihatkan mereka sebagai tawaran alternatif yang kredibel untuk rakyat?
03:16khasnya untuk pilihan raya yang paling dekat adalah PRN Sabah yang akan datang.
03:24Okey, baik. Terima kasih atas soalan itu.
03:28Dan apa yang saya difahamkan, mesej yang cuba disampaikan untuk perhimpunan pada kali ini adalah untuk membela nasib rakyat.
03:35di mana mereka telah, mereka mensangkakan kerajaan pada kali ini gagal untuk melindungi isu kos seharian hidup rakyat yang semakin meningkat dan juga termasuk penarikan subsidi dan kenaikan harga barang keperluan.
03:51Dan mungkin dengan adanya perhimpunan pada kali ini dapat menjaga kebanjikan rakyat dan di mana mereka mahukan satu pemimpin yang adil dan juga dengar dengan keluhan rakyat pada kali ini.
04:04Baik, terima kasih Yasmin, Yasmin.
04:06Semua yang Yasmin laporkan dari situ akan dibawakan sudah tentu dalam rutin kami yang seterusnya dan juga di astroawani.com
04:13Terima kasih telah menonton!

Recommended