00:00Sebanyak 2077 notis advokasi dikeluarkan dengan empat kenderaan ditunda dalam pemeriksaan 2,784 kenderaan sempena kempen advokasi operasi patuh undang-undang OPPUU.
00:16Ketua Polis Kuala Lumpur Dato' Fadil Marsus berkata Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur mengadakan kempen OPPUU bermula 6 September lalu di sekitar beberapa jalan utama ibu negara.
00:30Katanya tujuan kempen itu adalah untuk mendidik pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan sebelum bermulanya OPPUU sebenar dengan menyerahkan notis advokasi kepada pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan kecil tanpa dikenakan saman.
00:48Selain notis advokasi, 24 notis Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur, 126 notis Jabatan Pengangkutan Jalan juga dikeluarkan.
00:57Menurut Fadil, tindakan advokasi OP Didik turut diadakan iaitu kempen mendidik pelajar sekolah yang menunggang motosikal atau kenderaan.
01:06Beliau berkata sebanyak 18 notis advokasi dengan 18 pelajar diperiksa dalam operasi itu.
01:12Tambahnya advokasi OPPUU akan diteruskan sehingga ke satu tempoh yang akan ditetapkan dan tindakan saman akan diambil selepas tamat tempoh advokasi.