00:00Kerajaan mengenakan penalti maksimum RM190,000 sebulan terhadap pengeluar asal peralatan OEM sekiranya sistem aerotrain di Terminal 1, lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA, gagal mencapai tahap prestasi yang ditetapkan.
00:15Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibullah berkata, menjawab soalan Ahli Parlimen Jerantut Khairil Nizam Khairuddin berhubung penalti dan jaminan elak gangguan aerotrain berulang di KLIA.
00:30Perlu memastikan ketersediaan tren pada 100% untuk satu tren operasi dan 99.5% untuk dua tren beroperasi.
00:46Artinya, the tolerance very-very tight lah. Kita nak pastikan hanya berjalan 100%.
00:51Dan penalti yang akan dikenakan, memang ada dikenakan, sebanyak maksima RM190,000 sebulan jika dia tidak memenuhi.
01:05Itulah pempasan yang dikenakan. Jadi, mereka haruslah tip-top. If not, mereka akan dikenakan maksimum ini RM190,000.
01:14Menurutnya, antara 2 Julai hingga 30 September, sebanyak 19 insiden kecil direkodkan.
01:20Kebanyakannya melibatkan sistem semboyan atau signaling, termasuk kes penumpang yang cuba memaksa pintu tren dibuka secara manual.
01:27Tambah beliau, Malaysia Airports Holding Berhad MEHB terus bekerjasama rapat dengan pengeluar sistem Allstorm
01:33bagi memastikan kelancaran dan kestabilan operasi aerotrain.
01:37Setakat 8 Oktober, aerotrain mencatat ketersediaan perkhidmatan sebanyak 99.19% sejak mula beroperasi
01:45dengan operasi 100% direkodkan pada minggu ke-13 dan ke-14 antara 28 September hingga 10 Oktober.
01:53Terima kasih kerana menonton!