00:00Tren pemilikan hartanah dalam kalangan Bumi Putra menunjukkan peningkatan signifikan dengan nilai transaksi mencecah RM34.9 bilion pada 2023 berbanding RM34.69 bilion pada 2022.
00:15Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato' Aiman Atirah Sabu berkata demikian semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Merbuk, Mohd Nazri Abu Hassan di Dewan Rakyat pada Isnin.
00:26Berdasarkan data yang kita perolehi daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta JPPH, jumlah transaksi pindaan milik harta kediaman oleh Bumi Putra mengikut negeri pada tahun 2023 adalah sebanyak 117,190 transaksi.
00:45Berbanding pada tahun 2022 berjumlah 121,997 transaksi dan nilainya pada tahun 2023 Tuan Yang Pertua adalah RM34.49 bilion berbanding pada tahun 2022 34.69 bilion.
01:05Trend ini pada keseluruhannya menunjukkan satu peningkatan dan pemilikan yang signifikan dan menunjukkan juga penyertaan aktif di kalangan kelompok Bumi Putra dalam pasaran hartanah.