00:00Kerugian akibat Tafan Matmo di Vietnam dianggarkan melebihi 8.7 triliun dong Vietnam bersamaan 1.65 bilion ringgit setakat pagi Isnan.
00:13Agensi Berita Vietnam yang memetik pihak berkuasa pengurusan bencana Vietnam memaklumkan wilayah utara Thai Nguyen mencatatkan kerugian paling besar iaitu dianggarkan sebanyak 4 triliun dong Vietnam atau 760 juta ringgit.
00:27Perdana Menteri Pam Min Chin pada ahad meluluskan pakej bantuan kecemasan tambahan daripada rezerv belanjawan pusat untuk 4 wilayah bagi membantu menangani kesan banjir baru-baru ini.
00:41Minggu lalu Perdana Menteri telah memperuntukkan 140 bilion dong Vietnam iaitu 26.6 juta ringgit kepada wilayah yang sama.
00:50Menurut kemas kini terkini daripada pihak berkuasa, banjir yang dicetuskan oleh Tafan Matmo setakat ini telah meragut 16 nyawa dan mencederakan 15 orang lain.