00:00Cadangan Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu APKO menggunakan logo sendiri dalam pilihan raya negeri PRN ke-17 perlu dilihat secara matang dan melandaskan semangat mafakat dalam Pakatan Harapan PH.
00:13Ketua Pemuda APKO Tuaran Rennie Eby berkata, cadangan penggunaan logo parti tidak wajar dilihat sebagai tanda kurang setia, sebaliknya sebagai sebahagian daripada strategi politik yang mengambil kira identiti tempatan.
00:30Ujarnya, pengerusi PH merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini telah memberikan otonomi kepada PH Sabah untuk menentukan pendekatan dan strategi politik di peringkat negeri.
00:42Jelas Rainer dalam mesyuarat pimpinan PH Sabah pada 29 Mei 2025, Perdana Menteri sendiri menyatakan PH Sabah mempunyai empat ketua mewakili empat parti komponen.
00:54Penyelarasan keseluruhan akan diterajui pengerusi PH Sabah Datuk Iwan Banedek.
01:00Beliau menambah kenyataan tersebut memperlihatkan kepercayaan serta penghormatan kepimpinan pusat terhadap keunikan politik Sabah dan UPKO berpegang kepada semangat tersebut dalam setiap pertimbangan.
01:13Malah, PH Sabah sentiasa mengamalkan prinsip perbincangan dan kesepakatan.
01:18Beliau turut memaklumkan PKR menggunakan logo parti dalam PRN Johor pada 2022 manakala Amanah dan DAP menggunakan logo PH.
01:26UPKO yakin kepimpinan tertinggi PH tidak melihat isu ini sebagai satu perbelahan, sebaliknya akan menanganinya dengan kebijaksanaan seperti mana kebiasaan dalam gabungan itu.
01:37Pada Sabah lalu, Iwan dan juga Presiden UPKO memaklumkan parti itu akan mengemukakan cadangan kepada Majlis Presiden PH untuk menggunakan logo sendiri pada PRN 17.
01:48Namun, ia masih di peringkat perbincangan dan belum ada keputusan mengenainya setakat ini.