• 1 year ago
Susulan pembentangan Belanjawan 2026 pada Jumaat lalu, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) menyarankan supaya kerajaan meneliti semula pelaksanaan BUDI95 agar ia tidak membebankan perbelanjaan negara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Aira Azhari berpandangan, walaupun inisiatif itu baru dilaksanakan, ia memerlukan beberapa penambahbaikan kerana masih dianggap kurang cukup untuk mengekang perbelanjaan tinggi kerajaan.

Transcript
00:00Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi Ideas menyarankan supaya kerajaan meneliti semula pelaksanaan Budi 95.
00:09Ketua Pegawai Eksekutif Ideas, Aira Azhari berpandangan, walaupun inisiatif itu baru dilaksanakan, ia memerlukan beberapa penambahbaikan kerana masih dianggap kurang berkesan dalam mengekang perbelanjaan tinggi kerajaan.
00:23Budi 95 walaupun baru dilaksanakan oleh kerajaan tetapi subsidi itu masih ada lagi. Jadi Budi 95 itu mungkin ada penambahbaikanlah sebab sekarang kita dah ada kota 300 liter dan kalau foreigner non-Malaysian tak boleh akses lagi kepada subsidi tersebut.
00:44Tetapi pada pendapat kami masih tak cukup lagi sebab ia masih lagi sistem subsidi, petrol yang menelan perbelanjaan yang sangat tinggi sebenarnya.
00:56Beliau berkata demikian dalam pantau agenda reformasi pada Isnin.
01:00Selain Budi 95, Ideas turut menekankan keperluan untuk menyegerakan pemisahan kuasa antara peguam negara dan pendakwa raya serta meneliti semula sistem cukai negara bagi memperkukuh hasil kerajaan.
01:13Jelas beliau tiga penekanan itu menjadi tumpuan Ideas kerana ia realistik untuk dilaksanakan dalam tempoh terdekat bagi mengembalikan keyakinan rakyat.

Recommended