Skip to playerSkip to main content
  • 11 months ago
Tiga pelajar dan seorang bekas pelajar didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak Baling, pada Selasa atas kesalahan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar tingkatan tiga sejak Jun lalu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tiga pelajar dan seorang bekas pelajar didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak Baling atas kesalahan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar tingkatan 3 sejak Jun lalu.
00:17Kesemua mereka yang berusia antara 15 hingga 17 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan dihadapan Hakim Rohaida Ishak.
00:26Berdasarkan pertuduhan, kesemua mereka didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar tingkatan 3 di dalam kelas di sebuah sekolah di Baling dan di kawasan ladang sawit di Mukim Siong pada bulan Jun, Julai dan Ogos yang lepas.
00:44Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 Subseksyen A Akta Kesalahan-Kesalahan Seksyual terhadap Kanak-Kanak 2017.
00:51Jika sabit kesalahan, kesemua mereka boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
00:58Mahkamah membenarkan semua tertuduh diikat jamin RM3,000 seorang dan seorang penjamin.
01:04Mahkamah membenarkan semua tertuduh diikat jamin RM3,000 seorang dengan seorang penjamin serta menetapkan 27 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
01:13Minggu lalu, polis menahan empat remaja lelaki disyaki terlibat dalam kejadian rogol beramai-ramai ke atas seorang pelajar perempuan.
01:22Tiga daripadanya merupakan pelajar lelaki sebuah sekolah di Baling, sementara seorang lagi bekas pelajar sekolah yang sama.
01:29Pemangku ketua polis daerah Baling, Deputi Superintenden Ahmad Salimi Man Ali berkata,
01:34bapa mangsa telah membuat laporan polis selepas dia dimaklumkan guru disiplin berkaitan penularan rakaman video Anaknya Berbogil.
01:41Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended