00:00Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaya pada selasa beliau telah memulangkan semula dana berjumlah $620 juta yang tidak digunakan daripada sumbangan diterimanya kepada akaun asal.
00:15Ini selepas beliau mendapatkan kelulusan daripada Bank Negara Malaysia BNM. Dalam kenyataan lisanya sebelum hujahan pihak pembelaan, Najib berkata dana berkenaan digunakan bagi tujuan politik dan kebajikan sosial dan beliau tidak mempunyai sebarang akaun pesisir luar.
00:32Bercakap di hadapan Hakim Datuk Colin Loren Sukhera, Najib berkata sebelum memulangkan sumbangan $620 juta yang tidak digunakan itu, beliau menulis surat kepada Gabiner BNM ketika itu Tan Sri Zeti Akhtar Aziz bagi mendapatkan kelulusan.
00:52Jelas Najib beberapa individu dikaitkan dengan One Malaysia Development Berhad, OneMDB, antaranya bekas Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Syarul Azral Ibrahim Halmi dan Mohd Hazim Abdul Rahman melakukan urus niaga meragukan melibatkan ratusan juta dolar Amerika tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang.
01:14Beliau mendakwa walaupun mereka terlibat dalam salah laku itu, individu-individu berkenaan tetap dilayan sebagai saksi dipercayai oleh pihak pendakwaan, manakala beliau saja yang didakwa di mahkamah.
01:29Terdahulu, Peguam Najib Tan Sri Muhammad Syafi Abdullah memaklumkan kepada mahkamah, pihak pembelaan telah menyediakan tujuh jilid hujahan bertulis bagi kis berkaitan OneMDB.
01:40Ia membabitkan bekas Perdana Menteri itu yang akan dikemukakan sepanjang tempoh sembilan hari.
01:48Pada 6 Mei, pihak pembelaan dalam kis Najib yang melibatkan penyelewengan dana OneMDB berjumlah RM2.3 bilion menutup kis mereka selepas memanggil 26 orang saksi.
02:00Mahkamah menetapkan sembilan hari bermula selasa untuk mendengar hujahan lisan.