00:00Polis mengeluarkan 12,437 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas menerusi UPS Ambang Tahun Baharu 2026 yang dijalankan di seluruh negara bermula 9 malam Rabu hingga 2 pagi Kamis.
00:15Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Berkiraman, Datuk Seri Muhammad Yusri Hassan Basri berkata pihaknya turut mencita 390 kenderaan dan menahan 25 individu mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.
00:30Turut ditahan 20 individu mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala 3 individu ditahan di bawah Kanun Keseksaan dan 3 lagi di bawah lain-lain akta.
00:42Beliau berkata 327 pegawai kanan dan 2,460 pegawai rendah polis terlibat dalam operasi tersebut dengan kerjasama beberapa agensi luar.
00:53Antara agensi yang terlibat ialah Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ, Agensi Antidadah Kebangsaan AADK, Konsesi Leburaya serta pihak berkuasa tempatan.
01:03Muhammad Yusri berkata operasi berkenaan dilaksanakan di 240 lokasi seluruh negara bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik sepanjang sambutan ambang tahun baharu.