• 11 months ago
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memecat ahli Majlis Pimpinan Tertingginya, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkuat kuasa pada Isnin.

Ahli Parlimen Indera Mahkota itu ketika dihubungi Astro AWANI berkata, makluman mengenai pemecatannya diterima menerusi sepucuk surat yang dikirimkan di WhatsApp.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bersatu memecat ahli majlis pimpinan tertingginya, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkuat kuasa pada selasa.
00:10Pemecatan itu disahkan Saifuddin yang juga ahli Parlimen Indra Mahkota ketika dihubungi Esro Awani.
00:17Bagaimanapun, Saifuddin memaklumkan beliau akan membuat rayuan terhadap keputusan tersebut.
00:22Mengulas selanjut katanya, beliau menerima makluman mengenai pemecatannya menerusi kiriman surat di WhatsApp.
00:31Menurut sepucuk surat Lembaga Disiplin Bersatu, pemecatan Saifuddin diputuskan dalam satu mesyuarat pada Isnin.
00:37Surat berkenaan menyatakan Saifuddin dipecat hak keahlian dalam parti kerana tindakannya melanggar klausas 9.1.4 perlembagaan parti yang mewajibkan ahli mematuhi perlembagaan
00:49kod etika dan tata kelakuan parti.
00:52Bagaimanapun, Lembaga Disiplin Bersatu memberi tempoh 14 hari berkuat kuasa pada selasa untuk Saifuddin mengemukakan rayuan.
00:59November lalu, bekas pengurusi Perikatan Nasional Pahang itu dipanggil Lembaga Disiplin Bersatu untuk siasatan susulan gesaannya supaya Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan.

Recommended