00:00Insiden lelaki ditampak anggota polis di sebuah stesen minyak di Taman Perling, Johor dipercayai tindakan spontan.
00:08Ketua Polis Johor, Dato' Abdul Rahman Arsyad berkata, anggota terbabit yang sedang bercuti dipanggil bertugas untuk satu operasi bantras aktiviti rempit di kawasan berkenaan.
00:20Insiden berlaku pada ahad kira-kira jam 6 petang dan pada masa yang sama, mangsa berusia 21 tahun membuat laporan polis.
00:30Kejadian itu sebenarnya ada satu operasi trafik sedang dijalankan pada masa itu. Operasi op motosikal dijalankan oleh ibu pejabat polis daerah Johor Baharu Utara.
00:46Jadi mereka, operasi ini bertujuan untuk mementeras aktiviti merempit di kawasan tersebut.
00:56Dan anggota ini adalah salah seorang yang terlibat dalam membantu tugas-tugas operasi tersebut.
01:04Operasi ini memang ada operasi dilancarkan di kawasan tersebut.
01:07Dan semasa kejadian itu, dia cuba untuk menahan kenderaan ini.
01:16Jadi kenderaan ini yang ditunggang oleh pengadu ataupun mangsa dalam kejadian ini, cuba untuk melarikan diri.
01:24Dan mungkin spontanlah pada masa itu berlakulah insiden pertamparan, menampar.
01:31Jadi dia sedang bertugas, bukan bertugas lah?
01:34Dia bertugas tapi dipanggil untuk bertugas.
01:37Sebab dia memang bertugas pada hari tersebut.
01:42Tetapi atas kekangan, keperluan keanggotaan, dia dipanggil untuk bertugas dan ada dalam jadual penugasan dia untuk membantu penugasan pada hari tersebut.
01:53Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat polis kontingen Johor di Johor Baharu.
01:58Menurutnya, anggota terbabit berpangkat konstabel dan bertugas sejak tahun 2022.
02:05Siasatan masih dijalankan dan sehingga kini empat individu, termasuk mangsa dan anggota polis, telah diambil keterangan berhubung insiden terbabit.
02:15Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.