00:00Satu mayat manusia yang masih belum diketahui jantina ditemukan terapung di sungai Tititimbul berhampiran jambatan jalan Tititimbul di Nimbong Tebal pada pagi selasa.
00:12Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JBPM Pulau Pinang memaklumkan pihaknya menerima panggilan bantuan mengenai penemuan mayat itu melalui talian MERS 999 pada jam 9.23 pagi.
00:24Setibanya di lokasi, anggota bomba mengesahkan terdapat satu mayat dalam keadaan terapung di permukaan sungai sebelum pasukan penyelamat turun ke dalam sungai untuk mengambil dan menaikkan mayat berkenaan ke tebing.
00:37Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis diraja Malaysia PDRM bagi tujuan pengesahan identiti dan tindakan lanjut.
00:44Setakat ini, identiti serta jantina mangsa masih belum dikenalpasti dan kes diserahkan sepenuhnya kepada pihak polis bagi siasatan lanjut termasuk menentukan punca kematian.