• 10 months ago
Hamas memberi amaran pelanggaran berterusan Israel terhadap gencatan senjata di Gaza berisiko menggagalkan peralihan ke fasa kedua perjanjian itu.

Ahli Biro Politik Hamas merangkap pemimpinnya di Semenanjung Gaza, Khalil al-Hayya berkata, serangan Israel terus berlaku walaupun perjanjian gencatan senjata masih berkuat kuasa sehingga 37 rakyat Palestin terbunuh dalam tempoh 24 jam.
Transcript
00:00Hamas memberi amaran pelanggaran berterusan Israel terhadap genjatan senjata di Gaza berisiko menggagalkan peralihan ke fasa kedua perjanjian itu.
00:10Ahli Biro Politik Hamas Khalil Al-Hayah berkata, serangan Israel terus berlaku walaupun perjanjian genjatan senjata masih berkuat kuasa sehingga 37 rakyat Palestine terbunuh dalam tempoh 24 jam yang lalu.
00:25Beliau menegaskan komitmen kumpulan pejuang Palestine terhadap genjatan senjata hanya boleh diteruskan jika rejim Zionis menghentikan pencabulan perjanjian itu.
00:38Hamas memaklumkan Al-Hayah telah menghubungi pihak perantara serta beberapa pihak antarabangsa yang tidak didedahkan bagi membangkitkan isu pelanggaran berterusan.
00:48Jawatankuasa Susulan Pasukan Nasional dan Islam Palestine menerusi kenyataan berkata, rejim Zionis terus melancarkan serangan lebih dahsyat, susulan perubahan Jawatankuasa Kebangsaan Pentadbiran Gaza.
01:00Katanya, sejak jawatan kuasa kebangsaan diumumkan pada 17 Januari, serangan Israel telah mengorbankan 71 rakyat Palestine dan lebih 140 cedera parah.
01:11Malah, Gaza turut menjadi sasaran 96 serangan udara dan berdilan meriam termasuk 61 serangan terus terhadap orang awam dengan 17 rumah musnah dibung.
01:22Terima kasih telah menonton!

Recommended