00:00Pihak berkuasa di Ameriah Arab Bersatu UAE pada ahad memberi amaran kepada penduduk mengenai ancaman misil dan menasihati mereka supaya
00:08mencari perlindungan.
00:10Menurut Kementerian Dalam Negeri UAE, penduduk dinasihatkan segera berlindung di bangunan yang selamat dan menjauhi tingkap, pintu dan kawasan terbuka.
00:21Orang ramai juga dinasihatkan menunggu arahan lanjut dan mengikuti kemas kini rasmi.
00:26Sementara itu, lapangan terbang di UAE sebahagiannya menyambung operasi penerbangan pada ahad.
00:32Lapangan terbang antarabangsa Dubai dan lapangan terbang antarabangsa Al-Maktum menyambung operasi terhad.
00:39Manakala lapangan terbang di Abu Dhabi, Syarjah, Ras Al-Haimah dan Fujairah beroperasi dengan bilangan penerbangan yang dikurangkan.
00:48Menurut pihak pengurusan lapangan terbang, akses ke terminal dihadkan kepada penumpang dengan tempahan disahkan.
00:55Penerbangan utama UAE termasuk Emirates, Etihad Airways, Fly Dubai dan Air Arabia telah menyambung bilangan penerbangan terhad dan menasihati penumpang
01:04untuk menyemak status penerbangan mereka kerana jadual masih tertakluk kepada perubahan.
01:09Pada Sabtu, operasi penerbangan di beberapa lapangan terbang UAE digantung sementara kerana kebimbangan keselamatan serantau tetapi secara beransu-ansu disambung
01:20semula pada hari sama.