• 7 months ago
Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 di Filipina melabuhkan tirai secara rasmi dengan pelbagai isu serantau dibincangkan termasuk konflik Asia Barat. Namun persoalannya, mampukah ASEAN bergerak lebih pantas dan bersatu ketika tekanan geopolitik dan ekonomi semakin memuncak? Bagi mendapatkan gambarannya, kita bersama rakan setugas Khalis Khadir yang berada di Cebu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 di Filipina melabuhkan tirai secara rasmi dengan pelbagai isu serantau dibincangkan termasuk konflik Asia
00:09Barat.
00:10Namun persoalannya, mampukah ASEAN bergerak lebih pantas dan bersatu ketika tekanan geopolitik dan ekonomi semakin memuncak?
00:18Bagi mendapatkan gambarannya, kita bersama rakan setugas Khalis Kadeh yang berada di Sibu. Silakan Khalis.
00:26Sidang Kemuncak ASEAN di Sibu berakhir dengan satu persoalan besar.
00:31Mampukah ASEAN benar-benar menjadi sebuah blok yang bersatu ketika dunia semakin berpecah belah?
00:39Daripada konflik Asia Barat, ketegangan Laut China Selatan sehinggalah konflik ataupun krisis Myanmar yang masih lagi melarutan berdekat-dekat semuanya
00:49memberi tempias langsung kepada negara-negara anggota ASEAN.
00:54Dan kini mungkin para pemimpin ASEAN dilihat mula membuka mata ataupun menyedari kesedaran bahawa pergantungan kepada kuasa luar
01:05bukan lagi satu pilihan yang selamat dan di Sibu Filipina ini.
01:10Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa satu mesej besar bahawa ASEAN tidak lagi boleh bergantung ataupun bergerak secara perlahan.
01:21Bagi ASEAN, keadaan dunia yang semakin tidak menentu ketika ini memberikan satu pengajaran besar.
01:30Rantau ini tidak boleh terus bergantung kepada kuasa luar dan ASEAN sendiri tidak boleh lagi berpecah.
01:37Setakat itu dahulu, perkembangan untuk Sirat Kemuncik ASEAN ke-48 di Sibu Filipina.
01:43Saya kali sekali bersama jurukamera Anas Samad Esrawani.

Recommended