Skip to playerSkip to main content
  • 6 months ago
Taman Eko Rimba Ulu Bendul ditutup sementara bagi kerja sanitasi dan pemantauan air selepas dua kes disyaki leptospirosis dilaporkan. Orang ramai dilarang masuk sepanjang tempoh penutupan demi keselamatan awam.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Taman Eko Rimba Ulu Bendur, Kuala Pilah ditutup sementara hingga 24 Mei ini bagi semua jenis aktiviti untuk tujuan kawalan
00:08keselamatan dan kesihatan awam.
00:10Susulan terdapat kes di syaki, leptospirosis atau kencing tikus di kawasan itu.
00:16Menurut pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Muhammad Yusaini Mat Yusuf, penutupan sementara itu bagi membolehkan pihak pengurusan menjalankan kerja sanitasi,
00:25pembersihan rapi dan pemantauan kualiti air demi memastikan keselamatan pengunjung terjamin.
00:30Jelasnya ia selepas pihaknya menerima laporan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah yang memaklumkan terdapat dua kes di syaki, kencing
00:37tikus berlaku di pusat rekreasi berkenaan.
00:40Sebenarnya itu, orang awam dilarang menceroboh masuk ke kawasan itu sepanjang tempoh penutupan dan kegagalan mematuhi arah itu boleh dikenakan
00:48tindakan di bawah peraturan sedia ada.
00:51Muhammad Yusaini berkata, kawasan rekreasi air yang lain di negeri ini dibuka seperti biasa dan pengunjung diingatkan supaya sentiasa menjaga
00:58kebersihan.
00:59Sementara itu, timbalan Pegarah Kesihatan Negeri Kesihatan Awam Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Dr. Suryati Abdul Aziz berkata,
01:06siasat terlanjut sedang dijalankan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kemudian.
01:11Sebelum initulah, di media sosial mendakwa beberapa pengunjung mengalami muntah-muntah dan cirit-birit selepas mandi di taman rekreasi tersebut.

Recommended