00:00Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Syah Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Bilah Syah bersama rombongan berjaya menawan
00:09puncak gunung Kinabalu pada 8.45 pagi Rabu.
00:12Penolong pengurus taman unit penyelamatan dan krisis bahagian operasi dan penguatkuasaan, Taman-Taman Sabah, Julaimin Kamin berkata,
00:20Tengku Hassanal bersama rombongan memulakan pendakian pada 3.07 pagi selepas tiba di Panalaban pada 3.45 petang semalam.
00:32Baginda tiba di pusat pemeriksaan Sayat-Sayat pada jam 5.05 pagi sebelum meneruskan pendakian di kilometer 8.05 pada
00:396.37 pagi dan tiba di puncak Kinabalu bersama rombongan pada jam 8.45 pagi.
00:46Julaimin berkata keadaan cuaca semasa mendaki sangat baik iaitu pada kira-kira 9 celsius dan proses pendakian berjalan dengan selamat
00:53dan lancar.
00:54Beliau berkata, Tengku Hassanal bersama rombongan meluangkan masa hampir sejam berada di puncak Kinabalu sebelum turun semula ke Panalaban pada
01:02jam 9.30 pagi.
01:04Pada selasa, Tengku Hassanal mengetuai rombongan pendakian ke puncak gunung Kinabalu sempena ekspedisi mahkota Borneo selama 3 hari yang berakhir
01:11pada Rabu.
01:13Pendakian bermula dari pondok Timpohon jam 8.05 pagi selasa sebelum Baginda bersama rombongan tiba di kawasan penginapan di Panalaban
01:20pada jam 3.45 petang.
01:22Kejayaan bersejarah tersebut mencerminkan semangat ketahanan fizikal, disiplin serta kecekalan tinggi Baginda dalam menjayakan misi ekspedisi berkenaan.
01:31Ekspedisi mahkota Borneo turut dilihat sebagai simbol keberanian, perpaduan dan semangat cintakan alam semula jadi.
01:37Di samping menjadi inspirasi kepada golongan belia untuk terus mencabar kemampuan diri serta mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.