00:00Esok Perdana Menteri Bangladesh, Tarik Rahman akan melakukan lawatan rasmi ke Malaysia dengan kunjungan dijangka memperkukuh kerjasama dua hala dalam
00:09pelbagai sektor strategik.
00:11Wisma Putra dalam kenyataannya berkata lawatan itu merupakan kunjungan rasmi pertama ke luar negara oleh Tarik sejak memegang jawatan pada
00:19Februari 2026.
00:22Sepanjang lawatan, Tarik akan diraihkan dalam majlis sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra sebelum mengadakan mesyuarat dua hala bersama Perdana
00:31Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
00:33Kedua-dua pemimpin dijangka menilai perkembangan hubungan Malaysia-Bangladesh dan meneroka kerjasama baharu.
00:40Antara lain, fokus perbincangan merangkumi beberapa sektor utama termasuk perdagangan dan pelaburan, pengurusan sumber manusia, industri semikonduktor, tenaga, pertanian serta
00:53pendidikan.
00:54Kedua-dua pihak juga akan bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.
01:01Dalam rangka lawatan itu, kedua-dua pemimpin dijadual menyaksikan pertukaran satu Memerandum Persefahaman atau MOU dalam bidang kerjasama kebudayaan,
01:13selain dua pertukaran nota diplomatik melibatkan penyelidikan bantras keganasan serta promosi dan fasiliti pelaburan.
01:21Dari segi ekonomi, jumlah perdagangan antara Malaysia dan Bangladesh pada tahun 2025 mencapai RM12.18 bilion.
01:31Ekspor Malaysia ke Bangladesh bernilai RM10.08 bilion dengan produk petroleum sebagai komoditi utama.
01:40Manakala import dari Bangladesh berjumlah RM2.10 bilion didominasi tekstil, pakaian dan kasut.
01:48Bangladesh kini merupakan rakan dagang ke-28 terbesar Malaysia secara keseluruhan
01:53serta antara rakan utama negara di rantau Asia Selatan selepas India dari segi perdagangan, ekspor dan import.
02:01Lawatan ini dilihat sebagai langkah memperkukuh hubungan dua hala yang terjalin sejak tahun 1972
02:07di samping membuka ruang kepada kerjasama lebih luas dan mampu memberi manfaat kepada kedua-dua negara.