00:00Polis menahan dua beradik disyaki menjadikan rumah mereka di kampung duyung besar Kuala Terengganu sebagai tempat penyimpanan dadah.
00:07Ketua Polis Terengganu Muhammad Khairi Khairuddin berkata dalam serbuan itu, 22 kg bunga ganja bernilai RM1.76 juta yang dipercayai
00:15untuk pasaran antarabangsa turut dirampas.
00:18Serbuan melalui Ops Tapis Khas pada jam 3.30 petang Ahad turut menahan dua lelaki berusia 39 dan 50 tahun.
00:27Siasatan Awal mendapati kedua-dua suspek berperanan sebagai penjaga stor kepada sindiket dadah yang dipercayai aktif sejak Mac lalu.
00:36Bekalan dadah itu dipercayai diperoleh melalui rangkaian sindiket antarabangsa yang menyelidup masuk dadah menerusi jalan laut.
00:44Ujian saringan mendapati kedua-dua suspek negatif dadah namun suspek berusia 50 tahun mempunyai 13 rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
00:53Polis percaya dadah yang dirampas boleh digunakan oleh kira-kira 44,000 penagih dan akan diproses menjadi cecair untuk digunakan
01:01dalam rokok elektronik.
01:03Dalam operasi sama, polis menyita pelbagai harta bernilai RM149,000 termasuk sebuah kereta, tiga motosikal dan wang tunai.
01:12Kedua-dua suspek kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.