Skip to playerSkip to main content
  • 5 months ago
Kenyataan itu dibuat ketika Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) JD Vance berada di Switzerland untuk menghadiri rundingan peringkat tinggi bagi membincangkan pengakhiran konflik dengan Iran.
Transcript
00:00Sementara itu, Presiden Donald Trump berkata Amerika Syarikat akan menyambung semula serangan ke atas Iran jika Teheran gagal menangani sebarang
00:08tindakan dilakukan Hezbollah di Lubnan.
00:11Perkara itu dimaklumkan Trump menerusi satu hantaran di True Social pada ahad.
00:16Trump berkata serangan akan dibuat lebih keras daripada minggu lalu.
00:20Kenyataan itu dibuat ketika naik Presiden Amerika J.D. Vance dan delegasi berada di Switzerland menghadiri rindingan peringkat tinggi bagi
00:27mengakhiri konflik dengan Iran.
00:38Pemimpin Amerika Syarikat, Iran dan Pakistan tiba di lokasi rundingan di Switzerland bagi menghadiri siri rundingan damai yang bertujuan mencari
00:45penyelesaian berkekalan kepada konflik yang berlarutan.
00:48Amerika Syarikat dan Iran sebelum ini bersetuju melaksanakan gencatan senjata selama 60 hari bagi memberi ruang kepada rundingan.
00:55Memetik laporan media antarabangsa program nuklear Iran serta situasi Lubnan Israel dijangka menjadi antara tumpuan utama dalam rundingan tersebut.
01:04Washington dijangka mencadangkan agar Iran membenarkan akses ke tapak nuklear negara itu bagi tujuan pemantauan dan pemeriksaan.
01:11Dalam pada itu, CBS News melaporkan bahawa satu sesi kecemasan berkaitan gencatan senjata antara Hezbollah dan Israel turut dimasukkan dalam
01:20agenda rundingan pusingan pertama.
01:23Susulan rundingan peringkat tinggi Amerika dan Iran di Switzerland, sekatan jalan raya dan rondaan polis diperketatkan di beberapa kampung berhampiran
01:31pusat peranginan Bugenstok.
01:33Pada ahad, sempena ketibaan naik Presiden Amerika Syarikat JD Vance bagi menghadiri rundingan damai dengan Iran.

Recommended