• 4 months ago
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memaklumkan beliau mengadakan perbualan pertama dengan Perdana Menteri baharu Britain, Andy Burnham. Kedua-dua pemimpin membincangkan hubungan dua hala, perdagangan, kerjasama ketenteraan, minyak Laut Utara serta usaha membersihkan Selat Hormuz daripada periuk api. Trump turut menyatakan hasrat untuk bertemu Burnham dalam masa terdekat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memaklumkan beliau mengadakan perbualan yang disifatkan sebagai sangat baik dengan Perdana Menteri Baharu Britain Andy
00:08Burnham pada Isnin.
00:09Menerusi hantaran di platform True Social, Trump berkata kedua-dua pemimpin membincangkan pelbagai perkara termasuk hubungan erat antara Amerika dan
00:19United Kingdom.
00:21Menurut Trump, mereka turut menyentuh isu minyak laut utara, perdagangan, kerjasama ketenteraan serta usaha membersihkan selat hormus daripada periuk api.
00:32Beliau berkata, kedua-duanya juga bersetuju untuk mengadakan pertemuan dalam maksa terdekat bagi membincangkan perkara yang menjadi kepentingan bersama.
00:40Trump turut menyatakan Benham bakal memikul tanggungjawab besar sebagai Perdana Menteri Britain namun yakin beliau mampu melaksanakannya dengan baik.
00:49Pada masa sama, Trump menegaskan Amerika akan terus menyokong UK dan mengakhiri kenyataannya dengan mengucapkan selamat maju jaya kepada Benham.
00:58Terima kasih telah menonton!

Recommended