00:00Syur dasar bagi penggubalan rang undang-undang RUU Pendanaan Politik akan dibentang kepada jawatan kuasa pilihan khas berkaitan hak asasi
00:09manusia, pilihan raya dan reformasi institusi JKPK Dewan Rakyat dalam masa terdekat sebelum dimuktamadkan untuk pertimbangan Jemaah Menteri.
00:19Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Osman Said berkata, syur itu dirangka berdasarkan
00:27dapatan kajian, sesi libat urus serta proses triangulasi yang dilaksanakan bahagian hal ehwal undang-undang sejak pengambil alih kajian perwujudan
00:38RUU berkenaan pada Mei 2023.
00:41Bagi mendapatkan pandangan lebih menyeluruh sebelum proses penggubalan diteruskan, bahagian hal ehwal undang-undang BHEUU dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa
00:52Malaysia UIAM dan Institute for Democracy and Economic Affairs Ideas akan menganjurkan konvensyen pendanaan politik pada Ogos ini.
01:00Menurut beliau, antara syur utama yang dikenal pasti ialah penubuhan sebuah badan kawal sedia dana politik yang bebas, berintegriti dan
01:10berkesan selain mewujudkan mekanisme semak dan imbang melalui penubuhan lembaga penasihat.
01:16Syur lain termasuk menetapkan peraturan yang jelas berhubung sumber dana yang dibenarkan dan dilarang, termasuk larangan menerima sumbangan asing, pengurusan
01:26konflik kepentingan serta had penerimaan sumbangan.
01:29RUU itu turut mencadangkan semua penerimaan dana politik dibuat melalui saluran rasmi yang boleh direkodkan, di jujaki dan diaudit selain
01:38mewajibkan pelaporan berkala, audit serta pendahan maklumat berkaitan dana politik kepada umum.
01:45Kerajaan juga bercadang memperkenalkan kesalahan dan penalti yang bersesuaian bagi memastikan pematuhan berkesan terhadap undang-undang itu.
01:53Berdasarkan kajian persepsi umum terhadap cadangan perwujudan RUU pendanaan politik, sebanyak 88.4% responden menyokong pengubalan undang-undang khusus
02:05berkaitan pendanaan politik.
02:08Azalina berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Senator Datuk Salahuddin Saidin mengenai perkembangan cadangan pengubalan akta pembiayaan politik di
02:18Dewan Negara.
Comments