00:00Bekas Perdana Menteri Cina Zhu Rongji meninggal dunia menurut pengumuman media rasmi negara itu pada Rabu.
00:06Pengumuman kematian Zhu Rongji dibuat oleh media rasmi Cina CCTV menerusi siaran berita utama sebelah malam.
00:17Tukuh yang dianggap antara arkitek utama reformasi ekonomi Cina itu meninggalkan legasi besar menerusi pelbagai pembaharuan yang membantu memodernkan dan
00:25memperkukuh ekonomi negara berkenaan.
00:27Sepanjang memegang jawatan Perdana Menteri, beliau memainkan peranan penting dalam menstabilkan ekonomi Cina yang berdepan pertumbuhan pesat pada awal 1990
00:36-an.
00:37Zhu melaksanakan pelbagai reformasi ekonomi termasuk menutup atau mensuastakan syarikat milik kerajaan yang tidak berdaya saing serta mengurangkan tenaga kerja
00:46dalam sektor tersebut.
00:47Beliau juga memperkukuh kedudukan kerajaan pusat melalui pembaharuan sistem kutipan cukai dan penyusunan semula kuasa fiskal antara kerajaan pusat dan
00:57pihak berkuasa tempatan.
00:59Antara pencapaian terbesar beliau adalah membawa Cina menyertai Pertubuhan Perdagangan Dunia atau WTO pada 2002 selepas melalui proses rundingan yang
01:08panjang dan mencabar.
01:09Langkah itu dilihat sebagai pemangkin penting kepada kemunculan Cina sebagai kuasa ekonomi global.