00:00Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, Radio Televisyen Malaysia RTM tampil dengan iklan khas TV berjudul Janji
00:10yang mengangkat kisah kekeluargaan, pengorbanan dan makna sebenar kemerdekaan.
00:17Iklan terbitan bahagian berita ehwal semasa RTM itu menampilkan Amalina Arham sebagai kakak dan Rafi Iskandar sebagai adik,
00:26seorang individu OKU peka dan bisu.
00:30Janji mengisahkan pengorbanan seorang kakak dalam menunaikan impian adiknya untuk menjejaki lokasi bersejarah
00:37serta menghayati makna perjuangan kemerdekaan negara.
00:41Penggambaran bermula di Melaka sebelum diteruskan di beberapa lokasi ikonik sekitar Kuala Lumpur
00:46termasuk dataran merdeka dan stadium merdeka.
00:49Pemilihan lokasi bersejarah itu menjadi latar perjalanan kedua-dua beradik
00:53sekaligus menghubungkan kisah mereka dengan sejarah perjuangan dan pembentukan negara.
00:58Iklan itu turut menampilkan empat pempengaruh iaitu Magno, Sefati, Venu dan Kaideva selain penyampai berita RTM, Daryl Baptiste.
01:08Menerusi penceritaan yang menyentuh emosi, Janji mengajak masyarakat menghayati kemerdekaan
01:13sebagai satu amanah yang perlu dihargai dan diteruskan oleh setiap generasi.
01:18Mereka bukan sekadar cerita sejarah tetapi adalah Janji yang diwarisi.
01:25Kita ketemui kekuatan.
Comments