Skip to playerSkip to main content
  • 5 weeks ago
Menurut firma penyelidikan TA Research, jika B50 dan mandat bahan api boleh diperbaharui lain berkembang seperti jangkaan, pemacu pertumbuhan seterusnya bagi minyak sawit mungkin disumbang oleh sektor tenaga, bukan lagi hanya permintaan makanan.minyak sawit, TA, MSM, biodiesel, B40, B50

Category

🗞
News
Transcript
00:00Minyak sawit mungkin memasuki kitaran permintaan baharu apabila mandat biodiesel yang semakin berkembang, menjadikan komuniti itu semakin penting sebagai bahan
00:10mentah tenaga, menurut firma penyelidikan TA Research. Ini dijangka memberikan sokongan lebih kukuh kepada harga minyak sawit mentah MSM.
00:22Justeru firma tersebut mengekalkan saranan overweight terhadap sektor pelandangan dan unjuran purata harga MSM 2026 pada RM4,300 satu tan.
00:33Namun begitu ia menjangkakan potensi kenaikan sekiranya permintaan biodiesel dan pasaran minyak sayuran global kekal mengukuh.
00:40TA Research berkata peralihan Indonesia daripada biodiesel grade B40 kepada B50 menjadi teras kepada prospek itu.
00:49Katanya mandat campuran lebih tinggi akan menyerap lebih banyak minyak sawit untuk kegunaan domestik, mengurangkan bekalan untuk ekspor dan menjadikan
00:58biodiesel pemacu permintaan bersruktur, bukan sekadar sokongan harga sementara.
01:03Ia bagaimanapun menambah harga MSM akan kekal berkitaran di pengaruhi pengeluaran, inventory, cuaca.
01:10Harga minyak mentah dan minyak sayuran pesaing.
01:13Firma itu berkata peluang bagi Malaysia bukan untuk menandingi keluaran biodiesel Indonesia.
01:19Sebaliknya bergerak lebih jauh ke hiliran menerusi penapisan.
01:23Produk khusus oleokimia dan bahan api boleh diperbaharui, disamping meningkatkan produktiviti, keboleh kesanan dan penggunaan sisa.
01:32Menurutnya, dalam tempoh terdekat, harga MSM dijangka bergerak dalam julat tertentu apabila pengeluaran pulih secara bermusim dan inventory kekal tinggi.
01:42Bagaimanapun, antara risiko yang dijangka adalah pengeluaran sawit dan peningkatan inventory yang lebih tinggi daripada jangkaan, kejatuhan mendadak harga minyak
01:51mentah, kelewatan atau perubahan mandat biodiesel, permintaan minyak makan global yang lemah serta isu ESG.
01:58Secara keseluruhan, firma itu berpandangan biodiesel tidak akan menghapuskan kitaran harga MSM, tetapi boleh mewujudkan paras sokongan harga yang lebih
02:08kukuh.
02:08Katanya jika B50 dan mandat bahan api boleh diperbaharui lain berkembang seperti jangkaan, pemacu pertumbuhan seterusnya bagi minyak sawit mungkin
02:17disumbang oleh sektor tenaga, bukan lagi hanya permintaan makanan.
Comments

Recommended