00:08Tung gas subsidi sepatutnya untuk kegunaan isi rumah.
00:13Tapi masih banyak premis makanan guna tung gas ini bagi operasi harian mereka.
00:18Bila ditanya jenis tung gas digunakan, jawapan diberi tidak sama dengan keadaan sebenar di premis.
00:25Tidak tahu peraturan atau sengaja ambil kesempatan.
00:30Ikuti laporan khas disediakan wartawan Khalid Skadir.
00:44Operasi gas memasak atau OPS gasak memberi kelonggaran kepada pihak industri
00:49untuk beralih kepada penggunaan tung gas komersial bermula 1 Mei hingga 31 Oktober tahun lalu.
00:57Tempoh itu sudah pun tamat.
01:00Namun masih ada premis tidak mengendahkan peraturan yang sudah dikuatkuasa.
01:23Hakikatnya, inilah keadaan sebenar.
01:26Peraturan menetapkan penggunaan LPG bersubsidi melebihi 42 kg pada satu-satu masa
01:34memerlukan permit barang kawalan berjadual PBKB.
01:38Persoalannya, adakah jumlah penggunaan di premis-premis ini
01:42menepati kuantiti yang diluluskan PBKB?
01:50Di Pucung, juga begitu.
02:08Di sekitar Lembah Kelang, rata-rata beginilah keadaannya.
02:14Ini isu yang mudah kita nampak.
02:17Namun hakikatnya, negara juga bergelut dengan isu aktiviti pemindahan gas atau dikanting.
02:25Tindakan kami di KPDN Selangor, kita sedar yang untuk aktiviti dikanting ini,
02:33negeri Selangor adalah merupakan pusat ataupun hub untuk aktiviti penyelewengan
02:41melalui keadaan dikanting ini.
02:44Ini saya rasa disebabkan oleh kepadatan penduduk negeri Selangor sebagai negeri yang
02:53tumpuan kepada industri, perkilangan dan sebagainya.
02:58Jadi, permintaan untuk LPG itu sangat tinggi dan memang untuk kegunaan industri itu
03:05mereka akan mencari lah ataupun demand kepada harga ataupun LPG yang lebih rendah itu sangat tinggi.
03:16Jadi, ini telah diambil peluang oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini
03:22untuk menjalankan aktiviti dikanting yang mana diambilnya tong yang bersubsidi itu
03:27dialihkan kepada tong yang tidak bersubsidi untuk dijual dengan harga yang jauh lebih rendah
03:34daripada harga pasaran.
03:36Melalui Ops Tiris 4.0, KPDN Selangor berjaya menyelamatkan jumlah subsidi
03:43hampir setengah juta ringgit dalam tempoh kurang tiga bulan sejak 16 Mac lalu.
03:51Dan ini turut melibatkan hasil pencegahan dikanting.
03:56Kerajaan belanja kira-kira 3 bilion ringgit setahun bagi subsidi tong gas isi rumah
04:02jika ketirisan terus berleluasa.
04:06Kerajaan dianggar tanggung implikasi kewangan cecah 4 bilion ringgit setahun.
04:13Terdapat tiga jenis tong gas bersubsidi.
04:1710 kilogram, 12 kilogram dan 14 kilogram.
04:24Jelas betapa besarnya subsidi yang dinikmati rakyat.
04:31Tong gas komersial pula terbahagi kepada 5 kategori.
04:3612 kilogram, 50 kilogram, 200 kilogram, bug dan natural cylinder plus.
04:45Mungkin ada yang kurang cakna dengan tong gas 12 kilogram ni
04:51sebab nampak sama dengan tong gas subsidi.
04:55Kita boleh bezakan dengan warna di bahagian atas tong gas.
05:01Bukan hanya tong gas ungu seperti yang kita tahu sahaja.
05:05Ini yang sepatutnya diguna oleh pihak industri.
05:12Subsidi untuk ringankan beban rakyat.
05:15Bukan buka ruang keuntungan kepada pihak yang ambil kesempatan.
05:24Terima kasih telah menonton!