00:00Lelaki warga emas yang ditahan selepas dipercayai memukul jirannya di reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes.
00:08Perintah reman itu dikeluarkan Magistret Nurhanisah S.H. Sahul Hamid di Mahkamah Magistret Georgetown pada Isnin.
00:16Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki warga emas cedera parah selepas dipukul jirannya menggunakan batang besi dalam kejadian di
00:26Jalan Perak, Georgetown pada Ahad.
00:28Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 9
00:38.30 pagi ketika mangsa berusia 80 tahun berada di hadapan rumahnya.
00:44Abdul Rozak berkata mangsa yang merupakan lelaki tempatan dipercayai dipukul suspek berusia 62 tahun menggunakan sebatang besi.
00:53Akibat daripada kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian tangan dan kaki dan kini masih menerima rawatan di Hospital
01:02Pulau Pinang.