00:00Urusan cetakan MyCard di seluruh negara dijangka mengalami gangguan sementara mulai Rabu hingga Isnin 31 Ogos, susulan proses peralihan kepada
00:10MyCard generasi baru.
00:13Sehubungan itu, Jabatan Pendaftaran Negara JPN menasihatkan orang ramai yang tidak mempunyai keperluan mendesak supaya menangguhkan sementara urusan penukaran atau
00:24pergantian MyCard sepanjang tempoh berkenaan.
00:26Bagi permohonan MyCard kali pertama untuk kanak-kanak berusia 12 tahun, ibu bapa atau penjaga juga digalakkan untuk menunggu seketika
00:35bagi membolehkan anak menerima MyCard generasi baru apabila pengeluarannya bermula dalam masa terdekat.
00:43JPN menghargai kesabaran dan kerjasama orang ramai sepanjang tempoh peralihan ini serta memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul.
00:56Terima kasih telah menonton!
Comments