Skip to playerSkip to main content
  • 2 months ago
Kerajaan Jepun memutuskan untuk meneruskan subsidi bahan api bagi melindungi rakyat daripada kesan kenaikan harga minyak mentah global.
Transcript
00:00Kerajaan Jepun memutuskan untuk meneruskan subsidi bahan api bagi melindungi rakyat daripada kesan kenaikan harga minyak mentah global.
00:08Perdana Menteri Sanai Takechi berkata beliau telah mengarahkan Menteri berkaitan supaya meneruskan persiapan yang diperlukan bagi mengekalkan subsidi berkenaan.
00:20Sejak pertengahan Mac, kerajaan menyediakan subsidi kepada pemborong minyak bagi mengekalkan harga runcit purata bahan api pada sekitar 170 yen
00:30seliter.
00:31Menurut Takechi, keputusan itu dibuat susulan ketidaktentuan pergerakan harga minyak mentah akibat konflik yang berterusan di Asia Barat.
00:39Jepun yang kekurangan sumber asli sangat bergantung kepada import tenaga sekaligus menyebabkan negara itu terdedah kepada perubahan harga minyak di
00:47pasaran global.
00:48Sementara itu, Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri sebelum ini memaklumkan kira-kira 80% daripada peruntukan 1.16 triliun yen
00:59bagi subsidi berkenaan telah dibelanjakan sehingga akhir Julai.

Recommended