Skip to playerSkip to main content
Seorang juruelektrik dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis atas pertuduhan membenarkan tumbuhan jenis pokok kanabis (ganja) seberat 253.4 gram ditanam di sebuah bilik di rumahnya, tiga tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Saifulllah Ahmad.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Aszizi Ayub, 39.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793687/berita/semasa/juruelektrik-bebas-tuduhan-tanam-pokok-ganja

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesdadah #juruelektriklepasbebas

Category

🗞
News
Transcript
00:01Seorang juru elektrik dilepas dan dibebaskan Mahkamah Session Ipoh pada Khamis selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima fesi terhadapnya
00:11atas pertuduhan membenarkan penanaman pokok cannabis seberat 253.4 gram.
00:18Hakim Mio Sulaiman Ahmad Tarmizi membuat keputusan itu selepas meneliti keterangan pendakwaan serta hujah pihak pembelaan.
00:26Azizi Ayyub didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 8.30 malam 31 Julai 2023 di sebuah rumah di Taman
00:35Datuk Liawian Sip Ipoh.
00:38Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 6B-1-C Akta Dadah Berbahaya 1992 yang membawa hukuman penjara sumur hidup dan sebatan tidak
00:48kurang enam kali jika sabit kesalahan.
00:57Terima kasih telah menonton!

Recommended