00:00Pemerintah Britain, Raja Charles III dan Permaisuri Camilla menzahirkan ucapan tahniah kepada Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan seluruh
00:08rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69 pada Isnin.
00:13Perkara itu dimaklumkan menerusi mesej dikongsi Suruhanjaya Tinggi British di Malaysia.
00:22Mesej itu menyebut, Raja Charles menzahirkan keyakinan rangka kerja perkongsian strategik United Kingdom Malaysia akan menyediakan peluang berharga untuk memperdalam
00:31kerjasama antara kedua-dua negara.
00:33Ia melibatkan bidang perdagangan, teknologi dan keutamaan bersama lain menjelang ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik pada 2027.
00:41Baginda juga secara khususnya berharap kedua negara akan terus memperjuangkan transisi kepada tenaga bersih serta pelindungan alam sekitar dan biodiversiti.
00:49Perkara itu termasuk menerusi kepimpinan bersama dalam dialog perdagangan hutan, pertanian dan komuniti antarabangsa.
00:56Subungan itu, Baginda berharap dialog itu dapat terus memupuk kerjasama dan tindakan di peringkat akar umbi sekaligus membantu memajukan rantai
01:04bekalan komuniti yang mampan serta memperkasakan mata pencarian dan daya tahan komuniti petani.
01:10Raja Charles berkata sumbangan pekebun kecil terhadap keterjaminan makanan adalah amat penting di seluruh Commonwealth.
01:16Sementara itu, Raja Charles turut mengimbas kembali perkongsian utuh antara kedua-dua negara yang berteraskan nilai bersama dan perasaan saling
01:23hormat menghormati yang menjadi teras kepada Commonwealth.
01:27Katanya, kekuatan dan perpanduan kolektif Commonwealth adalah lebih penting dari sebelum ini dalam berdepani ketidaktentuan global semasa.
01:34Baginda juga menantikan peluang untuk kedua negara berhimpun pada mesyuarat Ketua-Ketua Kekerajaan Commonwealth Cogem pada November ini bagi menesahkan
01:41komitmen bersama dan merangkah halu tujuh masa harapan.
01:44Terima kasih telah menonton!