00:00Empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Magistret Sungai Pertani atas pertuduhan membunuh seorang pencari barang lusuh yang mayatnya diletakkan di tepi
00:08jalan di kampung Sungai Division pada bulan lalu.
00:11Tertuduh Muhammad Ikram Muhammad Zaki, Muhammad Bakri Mahidin, Muhammad Arif Mahidin serta Firdaus Cik Mustafa yang masing-masing berusia 29,
00:2037, 26 dan 36 tahun menganggup faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Magistret Nur Farah Hazwani Osman.
00:29Tetapi tiada pengakuan direkodkan kerana kes tersebut berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
00:37Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama-sama membunuh Muhammad Badaruddin Matnayan antara pukul 1.30 hingga 3 petang pada 23
00:46Ogos lalu di kawasan ladang kelapa sawit kampung Sungai Division sebelum meletakkan mayat mangsa di tepi jalan kampung berkenaan.
00:53Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan
01:01tidak lebih 40 tahun serta sebatan minimum 12 kali jika tidak dijatuhi hukuman mati.
01:07Mahkamah menetapkan 15 November depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat dan DNA.
01:15Sebelum ini, polis menahan empat lelaki yang merupakan seorang pengawal keselamatan, dua buruh dan seorang pekerja cuci kereta sehari selepas
01:25penemuan mayat seorang lelaki di tepi jalan di kampung berkenaan.
01:28Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Azli Abu Syah, hasil bedah siasat terhadap mangsa mendapati punca kematian adalah akibat kecederaan hentakan
01:36di bahagian belakang kepala disebabkan daya objek tumpul.
01:40Pihak polis turut menemui sepatan kayu panjang yang dipercayai digunakan dan motif kejadian dipercayai berpunca daripada pergaduhan selepas mangsa disyaki
01:49mencuri kabel milik kesemua suspek.