00:00Kedudukan ekonomi Malaysia yang terus kukuh disokong pertumbuhan memberangsangkan
00:04inflasi terkawal serta keyakinan pelabur positif, memberi ruang kepada kerajaan
00:08untuk merangka belanjawan 2027 yang lebih menyeluruh dan inklusif.
00:13Menurut Ketua Ekonomi Bank Mu'amalat Malaysia Berhad, Muhammad Afzal Nizam Abdul Rashid,
00:18berdasarkan prestasi semasa, ekonomi negara dilihat berada pada landasan yang baik
00:23selepas mencatatkan pertumbuhan kukuh secara konsisten sejak dua tahun lalu.
00:31Pertunjuk makroekonomi yang berada dalam keadaan yang baik malah dari segi keyakinan
00:37ataupun vote of confidence terutamanya di kalangan para pelabur baik di peringkat domestik
00:41ataupun di peringkat asing telah menunjukkan suatu tahap keyakinan tinggi terhadap
00:47kedudukan ekonomi Malaysia. Justru saya melihat bagi belanjawan 2027 ini pihak kerajaan
00:53akan menggunakan, saya istilahkan dia sebagai sweet spot kerana kita berada dalam sweet spot.
00:59kenapa saya katakan sweet spot itu pertumbuhan tinggi 5.7%
01:03tapi dari segi inflasinya itu terkawal.
01:07Kalau pada suku kedua 1.9% namun pada bulan Julai yang lalu 1.8%.
01:14Justru sweet spot ini saya kira akan digunakan dengan sebaiknya, ruang ini digunakan sebaiknya.
01:19Menurut Afzani Zam, ruang fiskal kerajaan yang semakin terhad dijangka menjadi antara pertimbangan utama
01:26dalam rangka belanjawan 2027 khususnya ketika kerajaan perlu terus membantu rakyat
01:31tanpa menjejaskan disiplin kewangan negara.
01:34Kedudukan itu menuntut pendekatan yang lebih luas daripada sekadar meningkatkan bantuan tunai
01:38termasuk menggerakkan peranan agensi kerajaan, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan GLIC
01:43serta syarikat berkaitan kerajaan GLC dalam memperkukuh keupayaan ekonomi rakyat.
01:49Antara tumpuan yang boleh diberikan ialah pembinaan kapasiti khususnya dalam kalangan usahawan tempatan
01:55melalui akses pembiayaan lebih baik, peningkatan produktiviti serta keupayaan untuk bersaing.
02:01Ujarnya pendekatan itu penting kerana bantuan kepada rakyat tidak semestinya bergantung
02:05sepenuhnya kepada perbelanjaan langsung kerajaan.
02:07Sebaliknya, Belanjawan 2027 perlu mencari keseimbangan antara menyediakan perlindungan
02:13kepada golongan yang memerlukan dan membina keupayaan mereka
02:16untuk meningkatkan pendapatan dalam jangka lebih panjang.