Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Gadi Eisenkot berikrar membentuk kerajaan kecemasan perpaduan nasional selepas diberikan mandat untuk membentuk kerajaan baharu susulan pilihan raya Israel yang tidak menghasilkan majoriti jelas.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bekas Ketua-Terus Tentera Gadi Aizenkot berikrar untuk membentuk kerajaan kecemasan perpaduan nasional secepat mungkin bagi mengakhiri kebuntuan politik yang
00:09berlawatan di Israel.
00:11Kenyataan itu dibuat menjelang majlis angkat sumpah Parlimen Israel yang baharu selepas pilihan raya gagal menghasilkan pemenang mutlak.
00:20Pilihan raya baru-baru ini menyaksikan gabungan Netanyahu bersama parti-parti kanan dan ultra-ortodoks kini menguasai 53 daripada 120
00:29kerusi naset.
00:30Sementara itu parti Yashar pimpinan Aizenkot bersama sekutunya hanya mempunyai 48 kerusi.
00:38Perhatian kini tertumpu kepada parti-parti Arab yang menguasai 19 kerusi dan berpotensi menjadi penentu dalam rundingan pembentukan kerajaan.
00:47Aizenkot dijangka meneruskan rundingan dengan pelbagai parti bagi mendapatkan majoriti yang diperlukan untuk membentuk kerajaan baru.
00:55Sekiranya Aizenkot gagal membentuk kerajaan dan Netanyahu juga tidak berjaya membina gabungan baru, Israel berdepan kemungkinan mengadakan pilihan raya sekali
01:05lagi.
01:06Buat masa ini, Netanyahu kekal sebagai Perdana Menteri sementara sehingga proses pembentukan kerajaan selesai.
Comments

Recommended