00:00Kementerian Pendidikan Tinggi KPT telah meminta Universiti Teknologi Mara UITM menyediakan laporan lengkap bagi mengenalpasti punca kejadian kematian seorang peserta
00:11Komander Kesatria Endurance Challenge KKEC 2026.
00:16Menterinya Datuk Seri Zamri Abdul Qadir menegaskan KPT memandang serius kejadian yang berlaku di UITM jengka Maran itu.
00:27Saya telah pun meminta kepada pihak UITM untuk menyediakan laporan lengkap untuk kita lihat apakah punca-punca dan juga tindakan
00:37-tindakan seterusnya yang perlu kita lakukan.
00:39Dan yang paling musahaknya juga ialah supaya dalam keadaan-keadaan yang begitu kita tentu perlu mengambil pengajaran supaya ia tidak
00:49berlaku secara keadaan.
00:52Ini disebabkan oleh laporan awal yang disampaikan kepada kita ia melibatkan tentang suhu, haba yang keterlaluan yang melibatkan beberapa orang
01:04pelajar terkesan daripada proses sebab ia merupakan satu latihan yang memang biasanya setiap tahun dilakukan.
01:13Zamri berkata demikian kepada media selepas menghadiri madris penyerahan surat terjaan kepada pelajar terbaik STPM 2025 di Putrajaya pada Isnin.
01:24Dalam pada itu, Zamri turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga peserta yang meninggal dunia serta mendoakan pelajar yang sedang menerima
01:32rawatan segera pulih dan dapat meneruskan pengajian.
01:35Seorang meninggal dunia manakala 8 lagi dilaporkan menerima rawatan di hospital selepas mengalami masalah kesihatan ketika menyertai KKEC 2026 di
01:46UITM Jengka, Maran.