Skip to playerSkip to main content
Penantian tujuh tahun 171 mangsa pencemaran Sungai Kim Kim berakhir apabila Mahkamah Tinggi Sivi Johor Bahru, pada Rabu memutuskan mereka menang dalam saman sivil terhadap sebuah kilang pemprosesan tayar terpakai, dua pengarah dan seorang pemandu lori, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Pesuruhjaya Kehakiman Manira Mohd Nor membuat keputusan mengarahkan P Tech Resources Sdn Bhd, dua pengarahnya, Wang Jing Chao, 41, dan Yap Yoke Liang, 43, serta pemandu lori, N Maridass, 42, membayar kos guaman RM100,000 kepada semua plaintif.

Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/795535/berita/semasa/7-tahun-menanti-171-mangsa-sungai-kim-kim-menang-saman

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #SungaiKimKim #mahkamah #mangsamenangsaman
Transcript
00:00Pencana Sungai Kim Kim yang telah pun berjalan hampir 7 tahun
00:04dan pihak pelentif iaitu pelajar-pelajar sekolah dan juga nelayan
00:10kami berpuas hati dengan penghakiman yang dibuat
00:14pihak pelajar-pelajar dan juga nelayan telah menang kes ke atas kilang
00:22yang dipertanggungjawabkan terlibat dalam pembuangan sisa toksik
00:28ke dalam Sungai Kim Kim, dua pengarah dan juga pemandu lori
00:34yang terlibat dalam membuang sisa toksik
00:38penghakiman ini sangat penting kepada isu alam sekitar
00:42supaya kilang-kilang selepas ini tidak lagi dengan sewenang-wenangnya
00:49membuang sisa toksik ke dalam sungai
00:53ataupun melantik kontraktor-kontraktor yang tak bertahuliah
00:58lori-lori driver yang tak bertahuliah
01:01menguruskan sisa toksik yang berbahaya
01:04ini adalah di bawah akta kualiti alam sekeliling
01:09ini adalah bahan bahaya
01:11di bawah akta kualiti alam sekeliling
01:14terima kasih telah menonton!

Recommended