00:00Gesaan supaya pilihan raya umum ke-16 diadakan lebih awal dilihat sebagai langkah UMNO menyusun semula kedudukan politik dan meningkatkan
00:09kuasa tawar-menawarnya.
00:12Sebelum sebarang rundingan kerjasama dimuktamadkan, fellow penyelidik Ilham Center Mujibu Abdul Muiz berkata,
00:20desakan sebegitu lazimnya didorong oleh dua faktor iaitu keyakinan mempunyai momentum politik atau keinginan mengubah keadaan semasa yang kurang menguntungkan.
00:32Menunjukkan bahawa mereka mempunyai lebih daripada satu jajaran, pilihan jajaran politik menjelang PRU-16
00:40sama ada mahu bergerak secara solo ataupun mahu membuat pakatan dengan Perikatan Nasional selepas ia membuahkan hasil diri 9
00:49ataupun mungkin renegosiasi kepada kerajaan Pakatan Narapan untuk berkali kekal dengan kerajaan Perpaduan.
01:03Jadi ini mungkin pada saya bukan sekadar seruan supaya pilihan raya itu diadakan lebih awal
01:08tapi mungkin ini adalah usaha awal UMNO untuk reposition parti itu sebelum berlaku satu pemuktamadan runingan politik.
01:20Katanya perkembangan sepanjang Perhimpunan Agong UMNO 2026 menunjukkan parti itu semakin yakin untuk berdepan pilihan raya.
01:27Beliau bagaimanapun mengingatkan prestasi baik dalam pilihan raya negeri tidak semestinya boleh diterjemahkan ke peringkat nasional.
01:34Sudah tentu ini dijabu kepada apa juga yang berlaku sebelum PRU-15.
01:41Kita lihat bagaimana UMNO yang mempunyai momentum juga di Melaka dan di Johor pada ketika itu
01:45menekan kerajaan yang dipimpin oleh UMNO sendiri pada ketika itu untuk melakukan pilihan raya awal
01:52tapi kita lihat hasil dan nantijahnya pada ketika itu tidak memihak kepada UMNO Barisan Nasional
01:58yang sudah tentu kita tahu kehilangan kerusi daripada kerusi ada 70 lebih menjadi 30 sahaja.
02:07Beliau berkata demikian ketika dihubungi Astro Awani pada Ahad.
Comments