Skip to playerSkip to main content
  • 27 minutes ago
Ranhill Utilities Berhad berpeluang meraih manfaat daripada perbelanjaan modal kira-kira RM3.5 bilion bagi pembangunan loji rawatan air di bawah Pelan Air Bersepadu kerajaan, susulan peningkatan permintaan daripada pusat data dan sektor perindustrian di Johor.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Ren Hill Utilities Berhad berpeluang meraih manfaat daripada capex kira-kira 3.5 bilion ringgit bagi pembangunan loji rawatan air
00:08di bawah pelan air bersepadu kerajaan.
00:11Menurut Hong Leong Investment Bank HLIB, pelaburan itu berpotensi menyokong pertumbuhan pendapatan Ren Hill susulan peningkatan permintaan air di Johor.
00:22Firma penyelidikan itu berkata perkembangan pesat pusat data dan sektor perindustrian di negeri berkenaan mewujudkan peluang pertumbuhan kepada syarikat konsesi
00:32air milik kumpulan Ren Hill Such Sendirian Berhad menerusi peningkatan penggunaan air.
00:37Johor ketika ini diunjurkan menambah kapasiti pusat data yang bakal beroperasi sebanyak 8.5 gigawatt selain kapasiti penggunaan tenaga sistem
00:48teknologi maklumat sebanyak 1.1 gigawatt yang sudah beroperasi.
00:53Berdasarkan perkembangan itu, HLIB menganggarkan keseluruhan keperluan air bagi pusat data di Johor boleh mencecah kira-kira 400 juta liter
01:03sehari segalikus meningkatkan keperluan terhadap kapasiti bekalan dan rawatan air baharu.
01:10Selain itu, proses perindustrian berterusan serta pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor Singapura JSSEC dijangka menyokong pertumbuhan permintaan air dalam jangka
01:21panjang.
01:21HLIB turut menjangkakan Runhill berpotensi mendapat manfaat daripada pelaksanaan capex logi rawatan air di bawah pelan air bersepadu yang boleh
01:32memberi sumbangan tambahan kepada pertumbuhan pendapatan kumpulan.
01:36Walaupun berdepan keperluan pelaburan infrastruktur yang tinggi, HLIB berpandangan Runhill masih kurang mendapatkan perhatian pasaran apabila didagangkan pada kira-kira
01:4711.9 kali nisbah harga kepada pendapatan PE bagi 2027 dengan nilai wajar RM4.20 sesaham.
01:56Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended