Skip to playerSkip to main content
  • 21 minutes ago
MOTAC meneroka kerjasama dengan Persatuan Emas Malaysia bagi menghasilkan produk emas bertemakan Malaysia sebagai pendekatan baharu mempromosikan identiti serta destinasi pelancongan negara.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya MOTEC meneroka kerjasama dengan Persatuan Emas Malaysia, MGA, bagi menghasilkan produk emas bertemakan Malaysia sebagai
00:09pendekatan baharu mempromosikan identiti serta destinasi pelancongan negara.
00:14Timbalan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Chiu Chun Man berkata, antara idea yang dibincangkan bersama MGA ialah penghasilan kad emas
00:24atau gold card yang mengetengahkan identiti Malaysia dan pelbagai destinasi pelancongan tempatan.
00:32Menurutnya, kerjasama antara kementerian dan pemain industri itu berpotensi menjadi medium kreatif dalam memperkukuh promosi Malaysia kepada pelancong tempatan dan
00:41antarabangsa.
00:42Katanya, industri emas negara juga mempunyai potensi besar untuk terus diperkasa bukan sahaja kerana nilai ekonominya, malah sebagai instrumen pelaburan
00:51yang boleh membantu meningkatkan literasi kewangan masyarakat.
00:55Beliau berkata, emas turut mempunyai kaitan rapat dengan sejarah, adat resam dan kebudayaan masyarakat di negara ini sekaligus membuka ruang
01:03untuk industri berkenaan dikembangkan bersama sektor pelancongan.
01:06Beliau berkata demikian selepas melancarkan Festival Emas Malaysia MGF 2026 di Kuala Lumpur hari ini.
01:14Festival selama tiga hari itu menghimpunkan kira-kira 70 pempamer tempatan dan antarabangsa daripada seluruh rantaian nilai emas dan barang
01:22kemas,
01:23barang komi, urus niaga, jaringan peniagaan, pertukaran pengetahuan serta pelibatan pengguna.
01:28MGF 2026 dijangka menjana urus niaga sehingga RM100 juta dan menarik antara 10,000 hingga 15,000 pengunjung tempatan serta
01:38antarabangsa
01:39sekaligus memberi limpahan kepada sektor hospitaliti, peruncitan, makanan dan minuman, pengangkutan serta pelancongan di Kuala Lumpur.
Comments

Recommended