Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Pendaratan ketiga penyu belimbing direkodkan di Terengganu bulan ini. Sebanyak 70 telur dipindahkan ke Hatcheri Rantau Abang untuk dieram, dalam perkembangan penting usaha pemuliharaan spesies itu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seekor penyu berlimbing kembali mendarat dan bertelur sebanyak 70 biji di pantai Kuala Abang awal pagi tadi.
00:07Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu Pang Nyukang berkata,
00:11pendaratan tersebut merupakan kali ketiga melibatkan spesies penyu terbesar di dunia itu yang direkodkan di pantai Terengganu pada bulan ini.
00:22Beliau berkata, ibu penyu berkenaan ditemukan mendarat oleh pemajak telur penyu di pantai Kuala Abang pada kira-kira 2 pagi
00:29selasa dan haiwan itu kembali ke laut selepas bertelur kira-kira 5.30 pagi.
00:33Jelasnya, ibu penyu itu berukuran 2.15 meter panjang dan 1.15 meter lebar.
00:40Pang berkata, telur penyu berkenaan dikutip petugas Jabatan Perikanan pada 6 pagi selasa untuk diheram di Hectory Pusat Konservasi Penyu
00:47di Rantau Abang.
00:48Telur penyu berlimbing yang diheram itu dijangka menetas dalam tempoh 50 hingga 70 hari.
00:53Beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan ibu penyu berkenaan merupakan penyu sama yang mendarat dan bertelur di pantai Pasir Putih
00:59Marang pada 1 September lepas dan pantai Rantau Abang pada 13 September.
01:04Pendaratan penyu berlimbing di Terengganu sebelum ini direkodkan kali terakhir pada 2017 menjadikan tiga pendaratan yang berlaku bulan ini sebagai
01:11perkembangan penting dalam usaha pemuliharaan spesies berkenaan di negeri itu.
01:18Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended